Wednesday 30 November 2011

kawan ?

Sahabat atau erti kata lain persahabatan adalah yang menandakan tingkah laku kerjasama atau sikap tolong menolong antara dua atau lebih orang.


           Dalam dunia yang telah allah S.W.T pinjamkan kepada kita,pastinya kita akan merasai pelbagai pahit manis sewaktu bersahabat atau menjalinkan persahabatan dengan orang lain.Sahabat memang senang dicari..sekali kita berkenalan ianya akan kekal selamanya.Tapi untuk memperoleh sahabat yang sejati memang susah nak cari..Ianya ibarat mencari sebutir mutiara yang ada didalam tiram.Tak semua tiram akan menghasilkan mutiara.
           Jika kita telah menjumpai sahabat sejati kita adalah dia yang selalu ada bersama kita tidak kira ketika kita susah mahunpun kita dalam keadaan senang.Itulah yang dinamakan sahabat sejati.Tapi kalau sahabat yang sentiasa ada dengan kita ketika senang sahaja,ianya bukanlah sahabat yang boleh dianggap baik.
           Ketika susah dia akan menghilangkan diri.Sahabat yang macam itu lebih baik kita menjauhkan diri dari dia.Atau erti kata lain hanya mengambil kesempatan kepada kita.Sukarnya hati ini nak terima sahabat yang telah melukakan hati kite dek kerana kesalahan yang tak masuk diakal.Kadang-kadang hanya disebabkan kes cemburu,sahabat kita tu sanggup membuat apa sahaja.
         Hanya tuhan yang tahu sahaja hati ini telah dikecewakan oleh sahabat yang kita anggap dia kawan baik kita.Macam suci dalam debu. Muka nampak suci sahaja tapi didalam hatinya sapalah yang tahu.Bak kata pepatah orang dahulu rambut memang sama hitam tapi hati lain-lain.

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum ..
da teng0k ?
ape tunggu lagi ,komen la ..
satu p0n jadi la .